Wednesday, 27 May 2015

penghargaan sebelum kehilangan

tatkala ku berjalan di lorong kesunyian,
aku rasakan bagai satu pemergian,
orang yang ku sayang dalam kehidupan,
aku terasa bagaikan pengajaran,
 mengajarku erti  penghargaan,
kehidupan adalah sementara sahaja,
pengakhiran kehidupan dimana sahaja,
dihadirkan hujan membasahi padi,
yang pergi tak akan kembali.
#ceritapengajaran
#penghargaan

Tuesday, 26 May 2015

keringatku akan diasar

Cerita hidupku bermula di sana,
untuk ku tari bersama armada,
harapanku ingin terus menyara,
keluargaku agar lebih berada,
jangan disisih pasal agama,
ia tiang untukku bersandar,
tanpa ia ku akan terus lalai,
pikiranku untukku berniaga,
gunakan jalan yang sudah ada,
menjalankan tanpa ada sempadan,
coretan al-Quran menjadi tauladan,
akan ku cuba mengisi kekosongan.
#kisahsianaksulong
#berusahaseluaspadang
#landasansumberagama

Kembali???kemanakah???

Ini kehidupan  di muka bumi,
sibuk dengan rutin sendiri,
asyik berjalan tanpa sedari,
sementara ada yang mati,
jangan kita leka akan duniawi,
sedangkan akhirat sedang menanti,
rumah halau kita ke azali,
tanah dan Dia kita kembali,
ayuhlah kita membina kembali,
kehidupan yang indah sekali,
agar sentiasa dirahmati,
Syurga yang Esa sedang menanti.
#kisahsikhalifah
#ingatanbersama
#dipinjamhanyasementara

bila hati berbicara....erk???

Katakan kepada si dia,
aku sering disisinya,
oxygen dan carbon dioxide bersama,
dikongsi kehidupan alam semesta,
tidak ada malam,
juga tidak ada siang,
begitulah perumpamaanya,
setiap di bumi dicipta berpasangan,
janganlah engkau berlinangan,
akan ku ukir satu senyuman,
dengan sejuta satu kenangan,
bukan janji bukan pengharapan,
doakan kita di masa hadapan.
#kisahsiperindu
#kaudanaku

mati ku seketika...Alhamdulillah

Pagi yang hening,
ku tersentap seketika,
mengenang akan yang tiada,
berdoa untuk agar dikurnia,
Syurga Esa yang amat mulia,
kehidupan kini,
ku merintih tanpa henti,
cuba mencari yang bererti,
tiada lain cinta yang suci,
kepada Dia kita kembali,
Alhamdulillah masih dikurniai,
kehidupan untuk hidup lagi.
#kisahsihambaALLAH
#bersyukurmasihhidup

Kehidupan??jalan Benar

Kehidupan suatu anugerah,
tujuan hidup mencari arah,
bukan untuk berkata dan berbalah,
janganlah hingga membawa padah,
kehidupan asyik berceloteh,
jangan hingga terasa pedih,
penuhi ia dengan zikir,
agar kau tidak terasa sedih,
solat menjadi tiang kehidupan,
agar menjumpai haluan kehidupan,
sesama kita janganlah pecah,
sentiasa bersama untuk mencegah,
Yang Esa diutama,
pencipta alam semesta.
#kisahsangsahabt
#sentiasatabah

Si Dia yang ku cinta

Tersingkap kenangan yang lalu,
kenangan kau dan aku,
teringat kau ada disebelahku,
bagaikan ingin berkata kepadaku,
16.4.2015 adalah tanda yang lalu,
aku harap perasaanku dapat diungkap,
aku harap kau selesa,
agar dapat kita bersama.
#kisahpencintahati
#seringmerindui

kebahagiaan isi kehidupan

langit biru bak lautan,
kudengari burung berkicauan,
harapanku agar mengapai impian,
kebahagiaan yang aku harapkan,
keluarga yang kedua amat ku sayang,
Peneman hidup yang ketiga ku sayang,
Yang Esa pertama yang ku sembah,
agar sentiasa tidak rebah.
#kisahpengembaradunia
#takkenalertilelah

Monday, 25 May 2015

rintihan sang pelangi di malam hari

diselubungi cahaya sang mentari,
bintang malam amat menyinari,
selamat malam sekalian  isi bumi,
bertebangan di awangan tinggi,
marilah kita menginsafi,
untuk kita sesama memaafi,
seketika hanya di dunia ini,
memohon berjumpa lagi,
maafkanlah segala kekurangan ini,
agar sentiasa diberkati.
#puisimalam
#lenaseketika

Sunday, 24 May 2015

menghargai

kekadang tika aku duduk sendirian ,
aku terpikir nasib ku jika sendirian,
hidup sendiri,
tiada sayang disisi,
mampukah ku berdiri,
mampukah ku tidak menangisi,
pesan kepada diri,
berlajarlah menghargai,
tak guna menyesal jika sudah sendiri

bintang bulan menyaksikan persembahan

tatkala malam,
disinari bintang berkelipan,
menahan hati yang kian suram,
mencari bintang untuk penantian,
agar mendapat cahaya malam,
ku pohon agar kau paham,
hati ini penuh pengharapan,
tiada siapa yang dapat menahan,
hanya berdoa kepada yang esa,

Saturday, 23 May 2015

pengalaman si encik lelaki

Hidup si sang badang,
Tiap hari dia menginginkan perasaan yang kuat,
Dia rempuhi ribut dan taufan tanpa penat,
Mencuba untuk tidak berputus asa,
Jangan kau ingat dia terlampau kuat,
Hatinya lembut bak cecair,
Sering menatap di pinggiran hilir,
Dia menangis tanpa orang sedar,
Sayangkan seseorang tanpa pudar,
Dia kenal erti lelah,
Dia tabah tanpa rebah,
Dia terpikir akan hidupnya,
Tanpa yang esa dia hanya bukan sesiapa,
Dia hanya mahukan kasih sayang,

Di waktu petang,
Dipenuhi dengan kicauan si kapal terbang,
Dia menangis memikirkan dia,
Orang yang hanya dia ada,
Dia harap kau ada disisinya,
Bukan untuk kau ke pinggiran,
Dia mampu tersenyum duka,
Menanti satu kepastian,
Kenapakah kau buat sedemikian?

Friday, 22 May 2015

rintihan sang hati

Wahai mentari,
Aku sentiasa menanti,
Agar kau sentiasa disisi,
Hati berceloteh mahu menitis katanya,
Aku berbalas sabarlah hendaknya,
Mungkin ini apa yang hanya ku rasa,
Ku harap kau mampu percaya,
Aku harap kau berada disisi,
Tiada siapa yang bisa menakhluki,
Perasaan takut itu biasa,
Perasaan yang sering ku rasa,
Sayang janganlah kau pergi,
Hanya kau yang aku cintai,
Mungkin ini adalah cinta yang terakhir dalam hidupku
Biarla aku melihatmu sehingga nafas terakhirku.

bicara hati yang kusam

Pagi yang hening ini,
Ku merenung sejenak di jendela,
Berteman angin sepoi bahasa,
Terfikir akan silapku yang lalu,
Adakah aku mampu kembali ke masa lalu,
Menyingkap kembali segalanya,
Agar mampu ku perbaikinya,
Alunan desiran ombak yang kudengari,
Ketenangan hadir menemani,
Bagaikan membisik kata,
Pintu taubat yang Esa sentiasa terbuka,
Bagaikan laut yang terbentang luasnya,
Janganla engkau putus asa,
Mohon keampunan senantiasa,
Moga kau mampu ke syurga-Nya.
Insyaallah


Thursday, 21 May 2015

cerekera si encik hati

Berkerja setiap hari,
Selagi bernyawa akan lahirla perasaan,
Tatkala marah ia cuba bersabar,
Tatkala sedih dia cuba untuk tidak berlinangan,
Keriangan menandakan kegembiraan,
Pedih tatkala ditinggalkan,
Soal hati amatla bererti,
Pemergiannya akan timbul kekesalan,
Hargaila masa ia ada,
Jika tiada seribu tahun tak bermakna lagi,
Mungkin itu yang tak kau pinta,
Tapi aku sentiasa menantimu,
Itula apa yang hati ini meminta,
Walaupun ia hanya khayalan aqli,
Akan ku bicarakan dalam doaku,
Agar kau sentiasa bersamaku.

Wednesday, 20 May 2015

cinta

Cinta,
Suatu perasaan sering dipendam,
Sayang kepada seseorang,
Cinta ibarat bunga mekar,
Akan layu pada hari mendatang,
Namun cinta ibarat air sungai,
Akan kekal bersama,
Kau dan aku saling bersua,
Akan ku jadikan isteri jua,
Cinta yang mulia harusla yang Esa,
Jangan kita lupakan Dia,

penduduk bumi

Pelbagai  tindak tandus kehidupan,
Ada yang diberi nama manusia,
Haiwan dan tumbuhan sebagai pelengkapnya,
Manusia,
Diturunkan atas sebab menjadi khalifah,
Harus kita sering hiraukan,
Apa yang patut kita ,
Menjaga bukan memusnah,
Apa yang ada menjadi permata,
Berbilang kaum mahupun agama,
Tiada yang hidup tanpa tujuan,
Marilah kita bersama meringankan beban,
Sesama kita jadikan kawan.
Yang tinggal di puncak gunung,
Janganla leka tanpa melihat kebawah,
Biarkan hidup sekata sahaja.

Tuesday, 19 May 2015

gunda gulananya kehidupan

Di pagi hari,
Bejuta-juta manusia yang keluar dari atapnya,
Untuk menjalankan segala tugasanya,
Hari ini,
Aku sering termenung akan nasibku,
Yang sering alpa,
Malahan tidak melakukan yang sepatutnya,
Dunia membuat manusia penuh leka,
Yang akhirat sering dilupakan,
Betapa hebatnya ujian kehidupan,
Aku sering menagis keinsafan,
Tika aku sering mengulanginya,
Jika dikurniakan imam yang tinggi,
Akan ku jaga dengan sepenuh hati,
Tatkala hati ini sering berceloteh,
Tidak penatkah dengan segalanya,
Lawanku aku akan sentiasa bersyukur,
Allah tak akan menguji hambanya melebihi tahapnya.

seloka nasib si pengembara dunia

Malu,
Bila ia menguasai diri ,
Ia mempelopori emosi,
Terasa bagaikan tiada maknawi,
Hari ini,
Ia menguasai diri ,
bila suaraku dianaktiri,
Hanya menanti sesuatu yang tak pasti,
Dengan itu,
Janganlah terlalu berharap sesuatu,
Kerana ia akan memakan diri,
Bersyukur dengan apa yang diberi,
Jangan sehingga diambil kembali.

Monday, 18 May 2015

Liku liku hidup sebagai anak sungai


Aku hanya hamba allah yang kerdil,
Sentiasa inginkan yang terbaik untuk hidupku,
Mahupun insan yang aku sayang,
Namun kadang kala aku hanya mampu menahan,
Sakitnya dalam diri ku ini agar mereka tersenyum,
Aku tidak faham apa itu erti kepedihan,
Namun bila lihat mereka tersunyum,
Aku berasa turut gembira dan tersenyum,
Harapan aku,
Aku harapkan mereka faham apa yang kumahukan,
Iaitu hanya semata-mata demi kebaikan mereka,
wahai sang hati,
 teruslah berkata sabar,
Bila hati ini terus disakiti ,
Agar aku akan terus melihat kegembiraan mereka.
Inila hidupku sebagai anak sungai yang kecil,
Dan cuba mempertahankan anak ikan terus berenang,